Bank makanan

Bank makanan (Tulisan Jawi: بڠك ماكنن) ialah pertubuhan kebajikan yang menjadi tempat bagi mengumpulkan makanan untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan secara percuma.[1] Kebiasaannya, sumbangan makanan ini diperoleh daripada pihak perusahaan makanan, masyarkat awam dan pertubuhan kebajikan lain.[1]Bank Makanan St. Mary merupakan pertubuhan seumpamanya yang pertama di dunia, yang telah diasaskan di Arizona, Amerika Syarikat pada tahun 1967 oleh John van Hengel.[2] Sejak itu, pelbagai organisasi serupa telah ditubuhkan di seluruh dunia. Di Eropah, keperluan bank makanan adalah sedikit sehinggalah akhir-akhir ini disebabkan oleh sistem kebajikan mereka yang meluas.[3] Bilangan bank makanan semakin bertambah selepas peningkatan harga makanan sejagat yang bermula pada lewat 2006, terutamanya selepas krisis kewangan 2007–2008 yang memburukkan lagi keadaan kepada golongan yang berpendapatan rendah.